Saturday, October 3, 2009

PENGAJARAN TATABAHASA MELAYU

Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000:236) pengajaran tatabahasa membolehkan murid-murid berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu murid menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan.
Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2001, aspek tatabahasa sangat ditekankan dan dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks bagi menghasilkan ketepatan berbahasa. Ini bagi membolehkan murid-murid mengikuti pengajaran tatabahasa secara berkesan dan memudahkan pemahaman mereka. Pengajaran tatabahasa juga hendaklah diajar dengan tidak memisah-misahkan aspek-aspek tatabahasa yang hendak diajar dengan kemahiran bahasa yang lain.

Pengajaran tatabahasa yang terancang juga dapat membantu murid-murid memahami unsur-unsur tatabahasa, fungsinya dan makna tatabahasa (Arbak Othman 1985:19). Oleh sebab itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2001 mencadangkan bahawa tatabahasa hendaklah digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Tujuan utama penggabungjalinan ini adalah untuk memastikan pengajaran tatabahasa sahaja. Hal ini kerana, dengan strategi ini, murid akan belajar dan menguasai tatabahasa sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran yang ditetapakn (Awang Sariyan, 2004:194).

DASAR PENDIDIKAN NEGARA

Pasaran juga menjadi punca kepada berlakunya perubahan pada Dasar Pendidikan Negara (DPK). Fenomena graduan menganggur yang dikatakan berpunca daripada lemahnya bahasa Inggeris telah memberi ruang kepada kerajaan untuk menukar DPK tanpa dibahas pun dalam Parlimen. Kenyataan mengenai kadar pengangguran yang tinggi dengan kelemahan berbahasa Inggeris tidak pernah dibuktikan melalui penyelidikan yang sahih. Faktor-faktor kemelesetan ekonomi, penggunaan teknologi maklumat yang meluas adalah faktor penyumbang berlakunya pengangguran. Tetapi faktor ini tidak pernah ditonjolkan. Arahan keras terhadap pertukaran DPK telah melahirkan dua golongan, iaitu pihak pusat dan pihak pinggiran.

Nyatanya, walau apapun dapatan kajian yang memihak di pihak pinggiran iaitu guru dan murid, pihak pusat tetap mengenakan arahan meskipun yang akan menerima kesan yang buruk itu adalah pihak pinggiran. Kuasa yang amat besar di pihak yang berkuasa terus memberi tekanan kepada pihak pinggiran. Satu perkara yang amat menarik yang tidak harus dilupakan adalah pihak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Dong Zong yang tetap tidak akan menukar bahasa pengantar Sains dan Matematik (S&M) dalam bahasa Inggeris, malah akan terus mengekalkan bahasa ibunda mereka. Mereka berpendapat pelajar-pelajar mereka tidak mempunyai sebarang masalah memahami S&M dalam bahasa Mandarin, maka penukaran kepada bahasa Inggeris adalah arahan yang tidak perlu diikuti (Mingguan Malaysia, 7 September 2003).


Cabarannya sekarang ialah kita perlu mengetahui realiti duduk perkara yang sebenar. Jika diambil kira pendapat Dong Zong, maka Kementerian tuan yang empunya kuasa harus meneliti semula dasar baru mereka. Dasar lama yang menggunakan bahasa Kebangsaan tidak pernah menunjukkan sebarang masalah kepada semua pelajar tidak kira Melayu, Cina mahupun India. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang berjalan selama 20 tahun menyaksikan prestasi yang baik dapat ditunjukkan adalah Universi Kebangsaan Malaysia sendiri. Malah mereka yang menduduki DPK telahpun menjawat jawatan yang besar malah menjawat jawatan profesional seperti doktor, jurutera, akauntan dan saintis.

Sunday, September 27, 2009

SEJARAH AWAL PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Pendahuluan

Asal-usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu, amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun hasil kajian daripada sarjana tempatan dan Barat, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang kita sendiri.

Asal-usul Bahasa Melayu

Kita selalu menggunakan istilah ‘bahasa Melayu’, ‘orang Melayu’ atau ‘bangsa Melayu’. Tahukah kita apa istilah ‘Melayu’ ini, dan bagaimanakah asal-usulnya? Pada peringkat awal sejarah, istilah ‘Melayu’ dikaitkan dengan konsep kerajaan. Bukti sejarah menunjukkan bahawa perkataan Melayu, pada masa dahulu merujuk kerajaan atau kawasan, dan tidak manusia atau bangsa.

Bahasa Melayu Kuno

Istilah ‘Melayu’ sangat baru dijumpai, iaitu hasil daripada kesan-kesan sejarah. Istilah ‘Melayu’ paling awal dijumpai dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada zaman dinasti T’ sang, yang dipercayai ditulis pada sekitar tahun-tahun 645-655 Masihi.

Konsep Melayu sebagai bahasa masih belum timbul pada peringkat ini. Mengikut catatan I’tsing sekitar tahun 644-645 Masihi, terdapat sejenis bahasa yang dituturkan di Sriwijaya pada waktu itu bernama ‘K’un-lun. Bahasa’K’un-lun ini bukan sahaja dituturkan oleh penduduk tempatan tetapi juga dipelajari oleh orang asing untuk memudahkan mereka berkomunikasi.

Dipercayai bahawa ‘K’un-lun ini ialah bentuk bahasa Melayu tua yang terawal, yang dikenali juga dengan nama bahasa Melayu kuno.


Bahasa Melayu Melaka dan Selepasnya

Bahasa Melayu menjadi alat penyebaran agama Islam, satu agama yang tinggi martabat kebudayaannya sewaktu zaman Kerajaan Melaka, iaitu zaman keagungan kerajaan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu begitu meluas melalui pengaruh politik Melayu pada masa itu. Hasil daripada faktor-faktor ini perkembangan bahasa Melayu begitu pesat berkembang, dan bahasa Melayu mendapat satu bentuk tulisan baru, iaitu tulisan jawi.

Perbendaharaan kata bahasa Melayu bertambah dengan pesat, iaitu hasil daripada keperluan untuk mempertahankan idea-idea baru yang datang bersama peradaban Islam. Bahasa Melayu terus berkembang, terutamanya dalam bidang kesusasteraan dan telah menjadi medium penting bagi menyampaikan kesenian Melayu-Islam pada zaman tersebut.

Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca

Orang-orang Eropah yang datang ke Nusantara bukan sahaja datang untuk berdagang, malahan mereka mempunyai niat untuk mengembangkan agama Kristian. Banyak juga daripada mereka yang menjalankan penyelidikan tentang kesusasteraan tempatan.

Dalam catatan-catatan dan penulisan-penulisan mereka, jelas kelihatan betapa penting dan luasnya penggunaan dan penyebaran yang berlaku terhadap bahasa Melayu pada ketika itu. Bahasa Melayu tersebar dengan luas dan menjadi Lingua Franca terutamanya di daerah kepulauan Melayu. Sifat bahasa Melayu yang dikatakan agak sederhana dan mudah untuk dipelajari menjadikan bahasa Melayu sentiasa mendapat perhatian pengkaji bahasa baik dari Timur mahupun orang-orang Eropah.

Perancangan Bahasa dan Dasar

Dari segi perancangan bahasa, negara Malaysia mempunyai dasar bahasa yang cukup jelas, iaitu mempunyai dasar Bahasa kebangsaan, dasar bahasa rasmi, dasar bahasa pendidikan, dan dasar bahasa untuk maksud-maksud tertentu atau khusus.

Secara umum, dasar bahasa bagi negara Malaysia dapat dirumuskan seperti berikut:
(i) Dasar Bahasa Kebangsaan: Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu atau Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan.
(ii) Dasar Bahasa Rasmi: Bahasa rasmi ialah bahasa Melayu atau Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.
(iii) Dasar Bahasa Pendidikan: Dasar bahasa pendidikan jelas, iaitu bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi semua sistem pendidikan formal peringkat sekolah rendah kebangsaan, menengah dan pengajian tinggi.
(iv) Dasar Penggunaan Bahasa: Walaupun ada Bahasa Kebangsaan, tiada sesiapa pun yang boleh dilarang dariapada menggunakan, belajar atau mengajar apa-apa bahasa lain.


Thursday, August 27, 2009

ISTIGHAFAR KEPADA ALLAH...


Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat,
sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita. Istighfar memiliki dua makna..
Yang pertama, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, bererti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Kerana itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar. Karena tidak satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajiban dan kebutuhan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.
Yang kedua, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, berarti kita minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlaq kita mulia.
Subhanallah. Satu ucapan tetapi memiliki dua keinginan. Kerana itu tidak heran hamba Allah yang sungguh-sungguh beristigfar tampak dalam kehidupannya, semakin berkah, semakin membawa kebaikan dan perbaikan,semakin bahagia, tenang, senang, menyenangkan, di dunia dan di akhirat. Kerana itu Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang melazimkan, mendawamkan dirinya selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah mudahkan saat ia sulit, Allah gembirakan saat ia sedih,dan Allah beri rezki dari jalan yang tidak pernah ia duga.
"Kemudian dalam Al Qur'an surat Nuh ayat 10, 11, 12, Allah SWT berfirman, "Beristighfarlah kepada Tuhanmu - sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun - nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan(pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai". (QS. Nuh:10-12)
Beristighfarlah kita kepada Allah, nescaya Allah turunkan musim hujan yang berat. Allah mudahkan kita mendapatkan rezeki. Allah hadirkan di tengah kita anak-anak kita, generasi-generasi yang soleh, generasi robbani. Kemudian Allah makmurkan negeri kita, Allah sejahterakan kita. Allahu Akbar.
Jadi, istighfar bukan hanya kewajiban, tapi kebutuhan kita. Karana itulah Rasulullah SAW, beliau tidak bangun dari tempat tidur beliau, kecuali beliau beristighfar 70 kali, dalam hadits lain 100 kali. Padahal dia ma'sum, dijamin masuk surga, bebas dari dosa, (tapi) begitu hebat istighfarnya kepada Allah. Apalagi kita yang banyak dosa.
Astagfirullahal 'adzim, ampunilah dosa kami ya Allah.. tutupi aib kami.... betapa selama ini kami mudah tergelincir dalam dosa namun tak bersegera memohon ampun kepada-Mu.
SALAM RAMADHAN....

DALAM SUJUD TERAKHIRKU

Dalam sujud terakhirku Ya Allah...
kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Dalam sujud terakhirku Ya Rabbi...
ku menangis sejadi-jadinyabiar kering mata ini
namun basah ladang hati yang gersang

Dalam sujud terakhirku Ya Rahman...
kulihat semua dosa yang membayangiku
kelam mencengkram jiwa yang lusuhDalam sujud terakhirku Ya Rahim...
biarkan aku patah dalam cahaya
Mubiarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
agar ku kembali dalam pelukan hidayahMu

Dalam sujud terakhirku....
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
hanya untuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta ...

Tuesday, August 25, 2009

SAHABAT...

Alangkah indahnya sebuah persahabatan jika didalamnya terdapat saling nasihat tentang iman, pentingnya mengingat mati, kepastian hari akhir dan segala hal tentang kebenaran hakiki termasuk segala kebaikan. Diri terasa dihibur dan juga digentarkan. Dihibur dengan cerita mengenai ganjaran kebaikan berupa surga, berlipatnya balasan Allah SWT atas sebuah kebaikan yang diperbuat di dunia dan digentarkan oleh cerita dahsyatnya seksa neraka, bukan hanya bagi orang yang ingkar terhadap Alah SWT dan Rasul-Nya, namun juga bagi orang yang berbuat baik dengan niat yang sudah di kotori.

Alangkah indahnya seorang sahabat, yang ketika kita berbuat salah ia menegur dan menasihati, bukan karana rasa benci, namun karana begitu cintanya ia terhadap kita sehingga tak bosan-bosannya mengingatkan akan sebuah kebenaran. Terkadang kita terlupa, termakan oleh egoisme diri, merasa lebih baik, lebih banyak makan asam garam, sehingga menafikan sebuah kebenaran yang sebenarnya datang dari Allah SWT dan Rasul-Nya lewat lidahnya.

Alangkah indahnya seorang sahabat, yang mau ikut menangis bersama, ketika melihat sahabat lainnya jatuh dalam kubangan nista dan dosa, merasa kasihan, bukan kebencian hingga bergetar bibir menahan tangis dan kesedihan, terluka jiwa yang fitrah oleh tajamnya belati hawa nafsu.

Alangkah indahnya petunjuk Rasulullah SAW perihal memilih sahabat. Beliau umpamakan dengan penjual minyak wangi dan pandai besi. Jika berteman dengan penjual minyak wangi, minimal akan mendapat dan mencium wanginya. Berteman dengan seorang pandai besi, bisa-bisa percikan apinya mengenai tubuh dan juga kedapatan bau busuknya. Sungguh, beruntung seseorang yang mendapatkan sahabat sejati, yang memuji dibelakangnya dan mengoreksi didepannya.

Siapakah yang telah menjadi sahabat masing-masing dari kita saat ini?

PELUDAH BAHASA

Ketika lahir jeritnya amat mesra––hening suara bayi pertama.
Neneknya pengagum hikayat Tuah membisik iktibar ke telinganya.
Datuknya pencinta Siti Zubaidah bersyair merdu ke qalbunya pula.
Doa dan janji di sanubari inilah cucunya kebanggaan desa––
insan harapan kerdip permata yang bakal bersinar sebagai pendakwah.

Ketika bertatih di sisi buaian gelincirnya cepat disantunkan.
Ayah dan ibunya cekal berazam anak termanis di hemah Ramadan.
Diasuh ia menjadi wira dan tidakpun dikira ke bidang mana.
Pada hembusan angin di bukit amat merdu terdengar ia menjerit:
Penyegar budi pilihan pertama, penyemai bakti di qalbu desanya.

Ranum di dalam dan di luar negara menjalar akar benih ilmunya;
pergaulannya alam tak berbatas bertingkat cepat dirinya ke atas.
Pada kempen “bersih-cekap-amanah” terhantar ia ke tampuk kuasa;
masih diingat pesan nenek tentang Tuah; saran datuk tentang Zubaidah.
Sebaik menyingsing SatuMalaysia mula terbelah percik mimpinya.

Tapi, kuasa tersangat nikmatnya––darjat dan harta sebuah buana.
Lalu, dalam lagu gema ternyaring giginya berubah menjadi taring.
Leluhurnya kini damai di kubur, dan sayang, dirinya meruncing takbur.
Terakhir, dengar kisah lupanya––semua dangkal kecuali dirinya.
Terakhir, merebaklah bongkaknya sebagai peludah bahasa Ibunda.

Tak lagi dirinya budayawan desa, pembela bahasa tidak juga.
Kini dia niagawan haloba pemburu kuasa paling selesa.
Memang bukan lagi cucu desawan; segebu dirinya kuasawan.
Dilupa Syair Siti Zubaidah dan tidak dikenal Hikayat Hang Tuah.
Sangatlah selesa dan bangga––dirinya tulen peludah bahasa.

18––19 Jun, 2009. ––A. SAMAD SAID