Saturday, October 3, 2009

DASAR PENDIDIKAN NEGARA

Pasaran juga menjadi punca kepada berlakunya perubahan pada Dasar Pendidikan Negara (DPK). Fenomena graduan menganggur yang dikatakan berpunca daripada lemahnya bahasa Inggeris telah memberi ruang kepada kerajaan untuk menukar DPK tanpa dibahas pun dalam Parlimen. Kenyataan mengenai kadar pengangguran yang tinggi dengan kelemahan berbahasa Inggeris tidak pernah dibuktikan melalui penyelidikan yang sahih. Faktor-faktor kemelesetan ekonomi, penggunaan teknologi maklumat yang meluas adalah faktor penyumbang berlakunya pengangguran. Tetapi faktor ini tidak pernah ditonjolkan. Arahan keras terhadap pertukaran DPK telah melahirkan dua golongan, iaitu pihak pusat dan pihak pinggiran.

Nyatanya, walau apapun dapatan kajian yang memihak di pihak pinggiran iaitu guru dan murid, pihak pusat tetap mengenakan arahan meskipun yang akan menerima kesan yang buruk itu adalah pihak pinggiran. Kuasa yang amat besar di pihak yang berkuasa terus memberi tekanan kepada pihak pinggiran. Satu perkara yang amat menarik yang tidak harus dilupakan adalah pihak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Dong Zong yang tetap tidak akan menukar bahasa pengantar Sains dan Matematik (S&M) dalam bahasa Inggeris, malah akan terus mengekalkan bahasa ibunda mereka. Mereka berpendapat pelajar-pelajar mereka tidak mempunyai sebarang masalah memahami S&M dalam bahasa Mandarin, maka penukaran kepada bahasa Inggeris adalah arahan yang tidak perlu diikuti (Mingguan Malaysia, 7 September 2003).


Cabarannya sekarang ialah kita perlu mengetahui realiti duduk perkara yang sebenar. Jika diambil kira pendapat Dong Zong, maka Kementerian tuan yang empunya kuasa harus meneliti semula dasar baru mereka. Dasar lama yang menggunakan bahasa Kebangsaan tidak pernah menunjukkan sebarang masalah kepada semua pelajar tidak kira Melayu, Cina mahupun India. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang berjalan selama 20 tahun menyaksikan prestasi yang baik dapat ditunjukkan adalah Universi Kebangsaan Malaysia sendiri. Malah mereka yang menduduki DPK telahpun menjawat jawatan yang besar malah menjawat jawatan profesional seperti doktor, jurutera, akauntan dan saintis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.