Saturday, October 3, 2009

PENGAJARAN TATABAHASA MELAYU

Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000:236) pengajaran tatabahasa membolehkan murid-murid berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu murid menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan.
Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2001, aspek tatabahasa sangat ditekankan dan dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks bagi menghasilkan ketepatan berbahasa. Ini bagi membolehkan murid-murid mengikuti pengajaran tatabahasa secara berkesan dan memudahkan pemahaman mereka. Pengajaran tatabahasa juga hendaklah diajar dengan tidak memisah-misahkan aspek-aspek tatabahasa yang hendak diajar dengan kemahiran bahasa yang lain.

Pengajaran tatabahasa yang terancang juga dapat membantu murid-murid memahami unsur-unsur tatabahasa, fungsinya dan makna tatabahasa (Arbak Othman 1985:19). Oleh sebab itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2001 mencadangkan bahawa tatabahasa hendaklah digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Tujuan utama penggabungjalinan ini adalah untuk memastikan pengajaran tatabahasa sahaja. Hal ini kerana, dengan strategi ini, murid akan belajar dan menguasai tatabahasa sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran yang ditetapakn (Awang Sariyan, 2004:194).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.